Pendidikan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Beliau bersekolah di SRK La Salle Petaling Jaya dan Kolej Melayu Kuala Kangsar. Seterusnya belajar di King’s College, University of London dalam jurusan undang-undang.

Di sekolah aktif sebagai pembahas Bahasa Melayu, Kolej Melayu Kuala Kangsar, Kuala Kangsar 1997-1999. Beliau sebahagian daripada pasukan pembahas yang memenangi Piala Dato' Shukor Abdullah dan Piala Perdana Menteri. Pernah menjadi wakil ke Nadwah Kepimpinan Islam, Labu, Negeri Sembilan 1998 . Seterusnya menjadi Presiden, Majlis Perwakilan Pelajar, Kolej Yayasan UEM, Lembah Beringin, 2001.

Semasa di luar negara , beliau menjadi Naib Pengerusi. Majlis Tertinggi Pelajar-Pelajar Malaysia United Kingdom (UKEC), London, 2003 . Seterusnya Presiden Persatuan Alumni Kolej Yayasan UEM, Lembah Beringin 2003 . Pernah menjadi AJK Politik Mahasiswa, Federation of Students’ Islamic Societies United Kingdom (FOSIS), London, 2003-2005 dan Perwakilan King’s College London, National Union of Students, London 2005.[5]